Demonstrasi Jakarta Didalangi Pihak Tertentu - Perkasa

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendakwa terdapat kemungkinan siri 'Demonstrasi Jakarta' didalangi pihak tertentu yang ingin meraih keuntungan politik.

Ketua Penerangan pertubuhan itu, Roslan Kassim berkata demonstrasi berkenaan pasti mempunyai penaja yang terselindung dan ia berlaku melalui perancangan teliti oleh pihak tertentu.

"Perkasa mengambil insiden Demonstrasi Jakarta dengan begitu serius dan tidak menolak kemungkinan ada tali barut negara asing terlibat," katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Segelintir kumpulan di Indonesia menganjurkan demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta baru-baru ini bagi membantah penahanan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan negara itu di sempadan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau pada 13 Ogos lepas.

Dalam insiden itu, pegawai penguatkuasa Indonesia berkenaan ditahan Polis Marin Malaysia selepas mereka menahan tujuh nelayan Malaysia, masing-masing dengan alasan pencerobohan terhadap wilayah perairan di kedua-dua negara.

Dalam perkembangan lain, Roslan meminta Ketua Pegawai Eksekutif portal berita "The Malaysian Insider" Jahabar Sadiq menjelaskan hubungan beliau dengan ahli perniagaan Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan seorang tokoh media Indonesia Surya Paloh.

"Perkasa menggesa pihak berkuasa membuat siasatan terhadap perkara tersebut dengan kadar segera. Kepentingan negara mengatasi semua kepentingan peribadi sama ada politik atau sebaliknya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan