Bekas Ahli MPK Mahu Laporan Audit Bagi Bersih Nama

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Bekas ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock hari ini meminta erajaan Selangor memberikannya salinan laporan audit terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasanya dalam MPK berhubung pengeluaran surat sokongan.

Beliau percaya laporan itu akan membolehkannya membersihkan namanya dari dakwaan salah laku selepas dipecat pada 6 Ogos lalu kerana menyalahi etika dalam pengeluaran surat sokong untuk mendapatkan peluang perniagaan.

"Laporan itu dapat mendedahkan butiran mengenai dakwaan salah laku yang tidak dinyatakan dalam surat pemecatan yang dikeluarkan kepada saya oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 30 Ogos.

"Saya mempunyai hak untuk mengetahuinya. Saya adalah seorang ahli perniagaan. Pemecatan saya itu telah menjejaskan saya dan maruah keluarga, "kata Tee pada sidang akhbar, Sabtu.

Katanya beliau meminta Abdul Khalid menggunakan budi bicaranya untuk memberikan salinan laporan audit itu jika dia benar-benar telus dalam pentadbirannya.

Tee mendakwa beliau tidak diberi surat tunjuk sebab dan peluang memberi penjelasan di hadapan jawatankuasa audit yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sebelum pemecatannya.

Sebelum ini, beliau menafikan telah menyalahgunakan kepala surat milik pejabat Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri bagi mendapatkan kontrak bernilai RM1 juta untuk kroni dan seorang ahli keluarganya.

Tee, yang pernah menjadi pembantu khas kepada Ronnie bermula Mac 2008 hingga 18 Nov 2009, menafikan beliau ada berbuat demikian sepanjang mewakili ADUN Pandamaran itu di kawasannya.

Ekoran kejadian itu, Tee turut dipecat sebagai ahli DAP.

Tee juga menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempercepatkan siasatan terhadap aduannya mengenai pemecatannya dari parti itu.

Beliau mendakwa wujud konspirasi untuk memecatnya sebelum pemilihan parti peringkat negeri Disember ini.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan