Bekalan Gula Seluruh Negara Stabil - Ismail Sabri

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Bekalan gula di seluruh negara kini mencukupi dan stabil, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub. Beliau berkata untuk persediaan sambutan Hari Raya ini, pekedai dan peniaga dibenar menyimpan stok barangan keperluan itu untuk tempoh seminggu sebelum dan seminggu selepas Aidilfitri bagi memastikan bekalan bahan itu tidak putus.

Ini kerana, pada kebiasaannya orang ramai membeli barang keperluan secara banyak pada musim raya manakala kilang pengeluaran bercuti, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan zakat Bank Rakyat kepada lebih 200 penerima di sini Sabtu.

Beliau turut memberi jaminan bekalan barangan keperluan untuk Hari Raya Aidilfitri ini mencukupi berikutan pemantauan ketat oleh pihaknya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata eliau dimaklumkan bahawa aktiviti penyeludupan barangan keperluan terutama gula dan minyak di kawasan sempadan kini berkurangan.

"Tindakan itu akan terus dipertingkat bagi membanteras penyeludupan barangan keperluan terutama gula dan minyak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan