10 Maut Hari Pertama Ops Sikap Ke-22

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepuluh kematian dicatatkan pada hari pertama Ops Sikap ke-22, Jumaat.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli dalam satu kenyataan Sabtu berkata, daripada jumlah kematian itu, tujuh membabitkan motosikal, dua kereta dan satu lori.

Beliau berkata sebanyak 1,121 kemalangan dicatat pada hari pertama Ops Sikap itu yang dilancar sempena sambutan Aidilfitri.

Rasdi berkata jalan bandaran mencatatkan kemalangan tertinggi iaitu sebanyak 475 kes diikuti jalan persekutuan (281 kes), jalan negeri (183 kes), lebuh raya (115 kes) dan jalan-jalan lain sebanyak 67 kes.

Sebanyak 9,625 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya, katanya. Ops Sikap ke-22 akan berakhir pada 17 September.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan