Persiapan Syawal Musnah Empat Rumah Hangus Dijilat Api

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat buah keluarga terpaksa menjalani Ramadan dan menyambut kedatangan Syawal dalam keadaan pilu apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan di Kampung Melayu, Wira Damai, Batu Caves, dekat sini, Khamis.

Dalam kebakaran pukul 5.52 petang itu, kesemua mangsa tinggal sehelai sepinggang apabila hanya sempat menyelamatkan diri sebelum pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa sejam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Zakaria Aini berkata lima jentera termasuk dari Balai Bomba dan penyelamat Wangsa Maju, Jinjang, Gombak Selatan dan Rawang telah bergegas ke tempat kejadian.

"Kesemua rumah yang diperbuat daripada papan musnah apabila api merebak dengan cepat kerana rumah berkenaan terlalu dekat antara satu sama lain," katanya.

Zakaria berkata jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan