Pemuda Umno Sabah Yakin Kemelut Politik LDP Tidak Gugat Kekuatan BN

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Sabah yakin kemelut politik parti Liberal Demokratik (LDP) tidak akan menjejaskan tumpuan dan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membangunkan rakyat dan negeri Sabah.

Ketuanya Azman Ruslan berkata pihaknya juga percaya kemelut itu tidak akan menggugat keyakinan rakyat terhadap BN.

"Bagi Pemuda, kita lebih berminat untuk melihat supaya komitmen dan fungsi BN di Sabah terus diperkukuhkan demi kepentingan rakyat dan negeri Sabah.

"Bagaimanapun Pemuda Umno agak kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Shu Phin bahawa partinya boleh bekerjasama dengan Umno tetapi tidak boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, katanya kepada Bernama, di sini pada Jumaat.

Azman berkata Pemuda berpendapat pendirian sedemikian tidak realistik dalam konteks mendokong semangat perpaduan dan setiakawan BN, serta bercanggah dengan konsep dan matlamat pembentukan BN.

"Sebagai anggota komponen BN, LDP sewajarnyalah menghormati Musa sebagai pemimpin Umno dan BN Sabah," katanya. Azman bagaimanapun yakin Musa yang juga Pengerusi BN Sabah akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani isu-isu politik semasa di Sabah, termasuk kemelut politik LDP.

Selepas kenyataan kontroversi Chin, LDP terus dibelenggu konflik apabila Naib Presidennya yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin, mengumumkan keluar daripada parti itu Rabu lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan