Najib Terima Laporan MBE Bahagian 2

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima laporan Model Baru ekonomi (MBE) Bahagian 2 daripada Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN).

Pengerusi MPEN Tan Sri Amirsham Abdul Aziz menyerahkan laporan itu di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Laporan bertajuk "Model Baru Ekonomi untuk Malaysia - Bahagian 2: Langkah-Langkah Dasar Strategik", akan dikeluarkan untuk orang ramai bulan depan dalam bentuk laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan kepada BERNAMA.

Ia menyebut laporan ETP akan memperincikan perancangan dan cadangan kerajaan untuk 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Laporan kedua dan akhir daripada NEAC menetapkan 53 langkah dasar utama yang diperlukan untuk menangani halangan untuk Malaysia melangkah ke ekonomi berpendapatan tinggi, lestari dan inklusif menjelang 2020.

Laporan itu mengambil kira pelbagai cadangan dan pandangan di kalangan anggota majlis, selain input daripada pelbagai pemegang kepentingan utama.

Ia dibangunkan berdasarkan lapan Inisiatif Reformasi Strategik (SRI) yang dikenal pasti dalam laporan pertama bertajuk "Model Baru Ekonomi bagi Malaysia - Bahagian 1: Arah Tuju Dasar Strategik" yang dikeluarkan pada 30 Mac.

Lapan SRI itu ialah SRI1: Mencergaskan sektor swasta untuk memacu pertumbuhan; SRI2: Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan pergantungan ke atas buruh asing; SRI3: Mewujudkan ekonomi Domestik yang Kompetitif;

SRI4: Memperkukuh sektor awam; SRI5: Ketelusan dan tindakan pengesahan mesra pasaran; SRI6: Membangunkan asas pengetahuan dan infrastruktur; SRI7: Meningkatkan sumber pertumbuhan; dan SRI8: Memastikan kelestarian pertumbuhan.

-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan