Muhyiddin Ingatkan Rakyat Jangan Cetuskan Kebencian Antara Kaum

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rakyat negara ini diingatkan supaya tidak membangkitkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan rasa kebencian antara kaum kerana ia boleh menjejaskan rancangan pembangunan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan telah menyusun pelbagai agenda serta rancangan untuk kesejahteraan rakyat termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sudah menyatakan dengan tegas bahawa kerajaan tidak akan bertolak-ansur terhadap pihak-pihak yang menimbulkan kekecohan dan kemarahan antara kaum di negara ini.

Beliau berkata kerajaan tidak mahu kekecohan antara kaum seperti pada tahun 1969 berulang kerana ianya akan hanya menjejaskan kestabilan negara.

"Sebab itu kita mahu lihat rakyat tidak kira bangsa, agama atau fahaman (politik) harus berganding bahu dan bekerjasama untuk pupuk semangat perpaduan yang lebih tinggi untuk menjayakan banyak rancangan sosio-ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas majlis berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 anggota Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) Bahagian Pagoh, di kediaman rasminya di Sri Satria di sini Khamis.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata bagi menjayakan perancangan yang telah disusun rapi oleh kerajaan, bangsa Melayu beragama Islam perlu menjadi tunggak untuk memastikan kestabilan di negara ini.

"Maka, kaum-kaum lain perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk turut menjayakan rancangan-rancangan ini," katanya.

Beliau berkata sekiranya agenda dan perancangan itu dapat dijayakan, maka rakyat dapat menikmati keadaan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang dijangka rancak pada tahun depan.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada lebih 100 anak-anak yatim dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kelana Jaya dan Lembah Subang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan