Kertas Siasatan Isu Pengetua Dibentangkan Kepada Lembaga Disiplin - Berita Semasa | mStar

Kertas Siasatan Isu Pengetua Dibentangkan Kepada Lembaga Disiplin

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membentangkan kertas siasatan berhubung seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada Lembaga Disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata langkah tersebut akan menentukan sama ada kertas pertuduhan akan dikeluarkan terhadap pengetua tersebut.

"Saya telah menerima kertas siasatan dari Jawatankuasa Siasatan Kementerian Pelajaran petang semalam, dan saya bersama beberapa pegawai JPA sedang menelitinya.

"Jika ada asasnya (untuk mengambil tindakan), kami akan membentangkan kepada Lembaga Disiplin JPM bagi mendapatkan persetujuan untuk mengemukakan pertuduhan kepada pengetua tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media, di sini, Khamis.

Semalam, Muhyiddin meminta Abu Bakar membuat keputusan segera berhubung kenyataan berbaur perkauman oleh Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Aishah Mansor, Kulai, Johor, baru-baru ini.

Dia didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Sebelum itu, Muhyiddin telah mengumumkan sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut bagi mendapatkan fakta sebenar perkara itu.

Abu Bakar berkata jika kertas pertuduhan dikeluarkan, pengetua terbabit akan diberikan peluang untuk membela diri sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kami akan teliti pembelaan Siti Aishah sebelum sebarang hukuman di bawah Peraturan Tatatertib Penjawat Awam diambil," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan