Kegawatan Politik Dan Sosial Perlu Ditangani Secara Bijaksana - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Kegawatan politik dan sosial yang berlaku di kalangan umat Islam di negara ini sejak akhir-akhir ini perlu ditangani secara bijaksana agar tidak merugikan umat Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun terdapat suara-suara yang meminta umat Islam bersatu padu dan memperkukuhkan ukhuwah Islamiah tetapi ada kumpulan lain yang tidak suka melihat umat Islam bersatu padu.

Atas kepentingan politik, ada pihak yang sanggup memperlekehkan agama Islam sehingga ada sesetengah pihak yang sanggup membuat tuntutan yang luar biasa, katanya.

Ini menyebabkan ada pihak tertentu tidak takut membuat tuntutan yang luar biasa dan melepasi batasan Perlembagaan Negara dan mempersoalkan institusi beraja yang selama ini menjadi tonggak perpaduan rakyat semua kaum," katanya ketika berucap di Masjid As-Syakirin, di sini malam Jumaat.

Menurutnya apa yang lebih dikesalkan adalah tuntutan tersebut turut disokong oleh pemimpin Islam sendiri yang tidak melihat masalah yang akan timbul dan boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat.

"Tindakan kumpulan ini adalah semata-mata ingin mendapatkan kuasa politik tetapi sanggup menggadai maruah agama dan membiarkan umat Islam terus berpecah-belah," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan