Jangan Jadikan Jalan Raya `Sungai Maut' - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: "Elakkan jalan raya dan lebuh raya kita daripada menjadi ‘sungai maut’," demikian gesaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan khas 'Mesej Daripada Perdana Menteri' kepada semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan.

Perdana Menteri merayu semua pemandu kenderaan mengutamakan keselamatan dan memandu secara berhemah ketika pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Pulanglah ke kampung halaman dengan penuh rasa syukur dan gembira. Pada masa yang sama jangan lupa disiplinkan diri kita dengan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

"Pandulah dengan penuh cermat dan berhemah. Elakkan jalan raya dan lebuh raya kita daripada menjadi ‘sungai maut’," katanya dalam ‘Mesej Daripada Perdana Menteri’ yang dilancarkan oleh Menteri Kerjaya Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Dr Nik Mustapha Abdullah.

Bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku, Najib berkata, pemandu kenderaan perlu mendisiplinkan diri dan mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

"Sesungguhnya sikap berhati-hati dapat mengurangkan risiko kemalangan. Saya juga merayu agar kita semua sentiasa mementingkan keselamatan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

"Kepada generasi muda ingatlah bahawa kita adalah asset penting pada masa hadapan," katanya.

Kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, Najib menyeru agar mereka bersama-sama merayakan hari raya dengan suasana penuh muhibbah, harmoni dan bersatu padu ke arah kemantapan 1Malaysia.

Akhir sekali Perdana Menteri bersama anggota keluarga serta mewakili jemaah menteri mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada suluruh umat Islam semoga dapat merayakannya dengan penuh kegembiraan.

Sementara itu, Shaziman turut menyampaikan sumbangan sebanyak enam buah ambulans kepada pertubuhan bukan kerajaan serta 15 buah kenderaan peronda kepada pasukan Polis Diraja Malaysia untuk digunakan pada musim perayaan ini.

"Plus Expressway telah menyerahkan tiga ambulans kepada Persatuan Bulan Sabit Meraj Malaysia dan selebihnya kepada St John Ambulance dengan nilai tajaan sebanyak RM1.2 juta.

"Dengan adanya ambulans tambahan ini saya percaya bantuan ketika berlaku kemalangan dan kecemasan di lebuh raya akan mendapat respon yang lebih pantas," katanya.

Beliau percaya, dengan langkah dan insiatif daripada kerajaan dan sektor korporat serta kerjasama daripada pengguna jalan raya, kemalangan pada musim perayaan akan dapat dikurangkan.

"Saya memanjatkan doa dan berharap tiada kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa pada musim perayaan ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan