Dr Noorul Ainur KSU Baru Kem Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur, dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu yang baru berkuat kuasa 19 September ini.

Beliau menggantikan Datuk Norhayati Sulaiman yang akan bersara wajib pada tarikh yang sama, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan, Jumaat. Noorul Ainur, 52, adalah lulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dari Universiti New York, Amerika Syarikat selain pemegang Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Pentadbiran Pembangunan dari Universiti Birmingham, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 12 Januari 1988 dan berpengalaman dalam bidang pentadbiran awam, pengurusan kewangan dan pembangunan sumber manusia.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian yang sama, Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, mulai 15 September ini bagi menggantikan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang bersara wajib pada 10 September. Saripuddin, 50, berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Hartford, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Januari 1984 dan memiliki pengalaman dalam bidang pembangunan sumber manusia dan pentadbiran awam.

Mohd Sidek turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kementerian yang sama, Harjeet Singh a/l Hardev Singh, sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), kementerian itu mulai 19 September ini bagi menggantikan Dr Noorul Ainur.

Harjeet Singh, 47, berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Teknologi Maklumat dari Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Universiti Ohio State, Amerika Syarikat.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989 dan berpengalaman dalam bidang pengurusan ekonomi dan pentadbiran awam.

Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita kementerian berkenaan, Mohammad Foad Abdullah pula dilantik Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), kementerian yang sama mulai 15 September ini bagi menggantikan Saripuddin.

Mohammad Foad, 53, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983 dan berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pembangunan wilayah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan