Dr Mahathir Sokong Gagasan 1Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyokong gagasan 1Malaysia tetapi mendapati rakyat di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza tentang konsep itu.

Beliau berkata keadaan akan menjadi sukar jika setiap bangsa di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai konsep 1Malaysia.

"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu pendapat mereka berbeza-beza, tafsiran berbeza, payahlah kalau tafsiran berbeza-beza. Sebab itu kena jelas," katanya kepada pemberita padas majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pering, Kodiang dekat sini, malam tadi.

Dr Mahathir berkata ketika kerajaan memperkenalkan perubahan, ia perlu menjaga kepentingan Bumiputera yang masih memerlukan bantuan.

"Kalau biarkan saja habislah jadi macam di Singapura. Kalau meritokrasi dilakukan banyak kesan, sebab itu saya cakap ia ia boleh jadi rasis kerana ia mengambil hak orang Melayu dan Bumiputera lain.

"Kalau meritokrasi, sesetengah daripada penuntut universiti itu tak dapat masuklah. Peniaga-peniaga baru di bandar pun takd adalah...habislah," katanya.

Mengulas mengenai demontrasi anti-Malaysia di Indonesia, Dr Mahathir berkata ada kumpulan tertentu yang sengaja cuba memburuk-burukkan hubungan kedua-dua negara.

"Puak ini bukan mewakili Indonesia. Penduduk Indonesia ada 230 juta, kumpulan ini sikit saja," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata tugas guru agama kini bukan lagi terhad kepada mengajar ibadat tetapi tumpuan perlu lebih kepada membentuk peribadi mulia.

Katanya kes-kes seperti buang bayi oleh golongan muda Islam menyebabkan tugas dan peranan itu sudah berubah kerana kefahaman mengenai Islam dalam kalangan golongan muda sekarang kurang.

"Sekarang ini guru-guru kena semai sifat mulia supaya mereka menolak kegiatan yang bercorak jenayah, menolak dadah dan mengawal nafsu mereka, supaya tidak terjadi lagi perkara-perkara itu)," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan