Bekas Komando ATM Serah Memorandum Kepada Konsulat Indonesia Di P.Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua bekas komando Angkatan Tentera Malaysia, yang kecewa dengan sikap segelintir rakyat Indonesia membakar bendera Jalur Gemilang, bertindak menyerahkan memorandum kepada Konsulat Indonesia di sini, Jumaat.

Othman Abdul Majid, 58, dan Saad Din, 60, turut menyerahkan bendera negara Indonesia sebagai tanda menghormati negara berkenaan dan mahukan rakyatnya juga menghormati bendera negara lain.

Othman berkata tindakan yang dilakukan segelintir rakyat Indonesia itu adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menggugat keharmonian hidup antara kedua-dua negara dan hubungan yang sudah sekian lama terjalin.

"Kami rasa terhina dengan tindakan segelintir rakyat Indonesia yang diupah untuk melakukan perkara itu. Apakah sebenarnya motif dan objektif yang mereka inginkan?" soalnya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum di pejabat Konsulat Indonesia di sini, Jumaat.

Sejak minggu lepas, sekumpulan rakyat Indonesia agresif melakukan protes berbentuk provokasi dan penghinaan ke atas kedutaan, Jalur Gemilang serta kepentingan Malaysia di Jakarta bagi membantah penahanan tiga anggota penguatkuasa marin negara itu oleh polis Malaysia.

Memorandum berkenaan diterima oleh Kepala Fungsi Ekonomi, Penerangan dan Sosial Pejabat Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Izrani Ratini.

Sementara itu, Izrani berkata beliau akan menyerahkan memorandum berkenaan kepada pejabat kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan