Akta Perlindungan Kanak-Kanak Mungkin Dipinda - Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mungkin dipinda bagi memastikan tiada ibu bapa, penjaga dan pelindung akan bersikap sambil lewa serta mengambil mudah mengenai keselamatan anak-anak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sepatutnya menjadi amanah dan tanggungjawab ibu bapa, penjaga dan pelindung untuk memastikan anak-anak berada dalam keadaan terlindung dan selamat.

"Kita nak memantapkan akta ini sebab itu ia dipinda, tapi kalau nak ikut seboleh-bolehnya kita harap akta ini tidak perlu digunakan sebab ibu bapa, penjaga dan pelindung mesti tahu anak-anak mereka bergantung pada mereka untuk mendidik dan membimbing serta melindung terutama tentang keselamatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaian perutusan Hari Raya di Taska Kemas Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di sini, Jumaat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan