Pinda Akta Perihal Dagangan Cegah Tipu Logo Halal

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Akta Perihal Dagangan 1972 harus dipinda bagi mengenakan tindakan lebih tegas terhadap peniaga yang menggunakan logo halal palsu.

Beliau berkata usul untuk meminda akta itu akan dibawanya pada persidangan Dewan Rakyat bulan depan.

"Kita harap ianya (usul) diluluskan oleh anggota Parlimen supaya kita dilihat lebih tegas dalam menangani gejala pengeluaran logo palsu yang semakin berleluasa," katanya kepada pemberita, di sini, Khamis.

Beliau mengulas laporan akhbar yang menyebut beberapa premis makanan di medan selera di sebuah kompleks membeli-belah di ibu negara mempamerkan logo halal tanpa sijil yang diiktiraf ketika diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata peniaga sewajarnya memohon sijil halal menerusi Jakim kerana ianya mempunyai prosedur pematuhan ciri-ciri halal yang ketat.

"Kita ada sebuah makmal halal dengan kerjasama Universiti Pertanian Malaysia yang mana kita mengenakan yuran yang cukup murah iaitu RM100 untuk IKS(Industri Kecil dan Sederhana), RM400 untuk pihak swasta dan RM700 untuk syarikat multinasional," katanya.

Beliau berkata terdapat enam syarikat swasta yang dikesan mengeluarkan sijil halal bersifat komersil dan Jakim akan meneruskan pemantauan terhadap aktiviti pematuhan sijil halal keluaran syarikat terbabit.

Mengulas isu berkaitan, Jamil Khir berkata sebuah makmal hub halal akan dibina di atas sebidang tanah di Nilai, Negeri Sembilan, di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Jamil Khir sebelum itu menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada 380 penerima daripada kalangan kurang berkemampuan di Tapak Depot Tunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan