Persiapan Syawal Musnah Empat Rumah Hangus Dijilat Api

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat buah keluarga terpaksa menjalani Ramadan dan menyambut kedatangan Syawal dalam keadaan pilu apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan di Kampung Melayu, Wira Damai, Batu Caves, dekat sini, Khamis. Dalam kebakaran pukul 5.52 petang itu, kesemua mangsa tinggal sehelai sepinggang apabila hanya sempat menyelamatkan diri sebelum pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa sejam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Zakaria Aini berkata lima jentera termasuk dari Balai Bomba dan penyelamat Wangsa Maju, Jinjang, Gombak Selatan dan Rawang telah bergegas ke tempat kejadian.

"Kesemua rumah yang diperbuat daripada papan musnah apabila api merebak dengan cepat kerana rumah berkenaan terlalu dekat antara satu sama lain," katanya.

Zakaria berkata jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan