LDP Tetap Setia Bersama BN - Liew

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) akan tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun dengan keputusan naib presidennya Datuk Peter Pang En Yin meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong berkata tindakan Pang untuk keluar dari parti itu bukan sesuatu yang baru dan sudah menjangka seorang atau dua pemimpin parti itu akan melompat parti berikutan perkembangan politik di Sabah baru-baru ini.

"Seperti biasa kami akan meneruskan perjuangan sebagai parti komponen BN," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Katanya parti itu tetap bersama BN walaupun sebelum ini kehilangan dua bekas pemimpinnya Tan Sri Liew Yun Fah dan Datuk Kong Hong Ming.

"Oleh tu, persoalan sama ada LDP akan meninggalkan BN tidak timbul sama sekali," tegasnya.

Pang, yang juga Timbalan ketua Menteri Sabah, hari ini keluar dari LDP kerana tidak setuju dengan tindakan parti menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi BN Negeri yang juta Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sebelum ini, timbalan presiden LDP, Chin Su Phin dilaporkan sebagai berkata parti itu tidak lagi boleh bekerjsama dengan Musa tetapi akan bekerjasama dengan UMNO dan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjayakan gagasan 1Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan