Indonesia Beri Jaminan Keselamatan Penuntut Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Pendidikan Indonesia memberi jaminan keselamatan terhadap lebih 6,000 penuntut Malaysia yang sedang belajar di negara itu daripada ancaman gerakan anti Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata Menteri Pendidikan Indonesia Mohammad Nuh sudah menghubungi beliau memaklumkan bahawa mereka mengambil berat soal keselamatan penuntut Malaysia di negara itu.

"Mereka beri jaminan pelajar Malaysia berjumlah lebih 6,000 orang berada dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama staf dan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal dekat sini, pada Rabu.

Turut hadir pada majlis itu Naib Canselor UTeM Datuk Prof Dr Ahmad Yusoff Hassan. Mohamed Khaled berkata dalam masa sama, Mohammad meminta kerajaan Malaysia memberi jaminan keselamatan kepada kira-kira 10,000 penuntut Indonesia yang belajar di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kementeriannya telah memaklumkan kepada para penuntut Malaysia di Indonesia agar mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada ancaman gerakan anti Malaysia.

"Kita telah beritahu perkara yang boleh mereka buat dan perkara yang mereka jangan buat supaya tidak mengundang masalah yang membawa ancaman kepada diri mereka," katanya.

Beliau berkata pertubuhan penuntut Malaysia di Indonesia juga diminta memainkan peranan menjaga keselamatan anggota masing-masing. Sehubungan itu, Mohamed Khaled meminta ibu bapa supaya jangan bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka yang sedang belajar di Indonesia.

Terdahulu semasa berucap, Mohamed Khaled berkata pinjaman oleh 2,162 penuntut institusi pengajian tinggi berjumlah RM59.6 juta daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditukarkan kepada biasiswa selepas mereka memperoleh kepujian kelas pertama, pada tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan