Garis Panduan Komuniti Berpagar Dan Kejiranan Berpengawal Dilulus

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang bermesyuarat pada Khamis bersetuju meluluskan Garis Panduan Perancangan Komuniti Berpagar serta Berpengawal dan Kejiranan Berpengawal, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata garis panduan kedua-dua aspek itu menggariskan perkara- perkara asas berhubung tafsiran komuniti berpagar dan berpengawal serta kejiranan berpengawal, selain prinsip perancangan serta garis panduan umum, garis panduan khusus dan piawaian perancangan yang perlu dipatuhi.

"Kedua-dua jenis komuniti ini harus dibezakan kerana pertama ialah komuniti berpagar dan berpengawal manakala satu lagi ialah kejiranan berpengawal.

"Antara kedua-dua jenis ini, komuniti berpagar dan berpengawal lebih senang diurus kerana ia adalah sejenis skim perumahan swasta yang memiliki hak milik stratanya sendiri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MNKT kali ke-63 di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata pelaksanaan kejiranan berpengawal bagaimanapun adalah tertakluk kepada pertimbangan kerajaan negeri dan mereka perlu mematuhi garis panduan ini sekiranya ingin melaksanakan konsep itu di negeri masing-masing.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata garis panduan itu akan dikuatkuasakan berpandukan kepada Akta Hakmilik Strata 1985 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Turut dibincangkan, jelas beliau adalah Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit yang menjana pendapatan sehingga RM1 bilion setahun.

"Perusahaan ini adalah satu daripada Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) sektor pertanian yang berpotensi untuk berkembang dengan amat besar.

"Jadi kita bagi garis panduan untuk beri panduan arah tuju untuk sektor ini berkembang lebih maju masa akan datang," katanya.

Muhyiddin menegaskan industri sarang burung walit yang baru tidak dibenarkan di kawasan warisan iaitu Pulau Pinang dan Melaka, manakala sarang sedia ada hanya dibenarkan untuk tempoh tiga tahun bagi membolehkan proses pemutihan dilakukan selepas itu.

Selain dua perkara berkenaan, turut dibincangkan adalah Cadangan Indikator Baru Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan mereka kepada rakyat, Cadangan Pengklasifikasian Perkhidmatan Spa dan Urutan Refleksologi serta Pemakaian Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan Pengedaran Di Malaysia (Pindaan) 2010 di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Turut diberi perhatian, kata Timbalan Perdana Menteri adalah kawalan penyakit denggi yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus bagi jumlah kes dan 51 peratus untuk jumlah kematian berbanding tahun lepas.

"Untuk tempoh Januari hingga Ogos tahun lepas, kes dilaporkan adalah 29,700 dengan 68 kematian manakala tempoh sama tahun ini mencatatkan 32,688 kes dengan 103 kematian.

"PBT diminta untuk meningkatkan langkah langkah pencegahan penyakit ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan