Dividen Lebih RM107 Juta Untuk 80,350 Peserta Felcra

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felcra Bhd hari ini mengumumkan pemberian dividen berjumlah lebih RM107 juta kepada 80,350 peserta dalam pembayaran interim pertama 2010 pada bulan ini sempena sambutan Aidilfitri. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata purata agihan bagi seorang peserta adalah sebanyak RM1,902.33 namun terdapat peserta menerima dividen dengan kadar lebih tinggi disebabkan pegangan saham tanah dimiliki lebih luas.

Beliau memberikan contoh peserta Projek Paya Tok Akil di Perlis akan mendapat dividen sebanyak RM14,228.66 seorang manakala peserta Projek Koperasi Sungai Kelayak, Sabah menerima RM11,199.43 seorang.

Bercakap dalam sidang media pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim Rumah An-Nasuha Huda di sini Khamis, Mohd Shafie berkata jumlah dividen yang dibayar kali ini adalah berdasarkan pendapatan keseluruhan Felcra berjumlah RM797 juta dan keuntungan hampir RM464 juta bagi tempoh sehingga Ogos tahun ini.

"Jumlah dividen interim pertama 2010 ini meningkat 33.58 peratus berbanding RM71 juta yang dicatatkan pada tahun lepas. Ini berikutan harga komoditi iaitu getah dan kelapa sawit yang stabil dan meningkat, peningkatan produktiviti dan pengurusan dilakukan Felcra berjalan lancar," katanya.

Pembayaran dividen bagi September adalah berdasarkan keuntungan syarikat sehingga Mei 2010, manakala keuntungan bulan-bulan berikutnya akan dibayar pada Disember sebagai persiapan musim persekolahan 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan