Bekas Anggota Parlimen Tanah Merah Nafi Digantung Keanggotaan Umno

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Bekas anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Shaari Hassan menafikan beliau digantung sebagai anggota Umno selama tiga tahun seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Shaari menjelaskan Lembaga Disiplin parti hanya melarangnya bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti atau pilihan raya negeri atau pilihan raya umum bagi tempoh yang ditentukan oleh Majlis Teringgi atau satu penggal pemilihan mengikut Fasal 20.9 (c) Perlembagaan Umno.

"Saya tidak pernah digantung sebagai ahli Umno. Ini merupakan satu kesilapan dan perbuatan untuk menjatuhkan diri saya," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah Ahmad Ismail dalam sidang akhbar semalam bahawa tiga anggota Umno bahagian itu termasuk Shaari telah digantung keanggotaan parti selama tiga tahun.

Dua lagi ialah Pemangku Ketua Umno bahagian Nik Kamarulzaman Sulong dan bekas anggota jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno bahagian Bahari Mohd Nor Shaari yang kesal dengan perkara itu berkata: "Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat kenyataan itu bagi membersihkan nama saya". - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan