Umno Rantau Panjang Akhiri ‘Perang saudara’ Atas Semangat Perpaduan - Berita Semasa | mStar

Umno Rantau Panjang Akhiri ‘Perang saudara’ Atas Semangat Perpaduan

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Kemelut "perang saudara" selama dua tahun Umno bahagian Rantau Panjang berakhir hari ini apabila pihak kepimpinan dan bekas pemimpin bahagian itu bersetuju untuk berdamai demi perpaduan parti.

Pengumuman perdamaian itu dibuat oleh ketiga-tiga pihak iaitu Ketua Umno bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohamad Zain Ismail serta bekas Bendahari Umno bahagian itu, Ghazali Ismail.

Majlis itu berlangsung dalam satu pertemuan dengan anggota jawatankuasa bahagian, penyokong mereka dan disaksikan Bendahari Perhubungan Umno Kelantan Datuk Hanapi Mamat di Pusat Kegiatan Kemas Rantau Panjang, Lubok Jong di sini.

Dalam ucapannya, Mohamad Zain berkata kemelut yang berlarutan sekian lama itu berjaya diselesaikan dengan beberapa perkara yang dibincangkan mendapat tolak ansur daripada kedua-dua pihak.

Perpecahan berlaku di bahagian itu sejak 2008 menyebabkan wujud dua puak iaitu pimpinan Abdullah dan Mohamad Zain.

Berikutan itu, Majlis Tertinggi Umno memutuskan pada 22 Julai lepas agar Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelesaikan masalah itu.

Pada majlis yang sama, Abdullah berkata hasratnya untuk mencapai perdamaian hari ini demi menyatukan Umno bahagian tersebut untuk menguatkan kembali Umno negeri.

Abdullah berkata antara tolak ansur yang dicapai ialah beliau bersetuju untuk memberi beberapa jawatan dalam Umno bahagian kepada Mat Zain dan Ghazali.

"Selepas permohonan untuk dipertimbangkan penggantungan keahlian Mohamad Zain dan Ghazali oleh pucuk pimpinan parti diputuskan, saya akan lakukan perkongsian kuasa itu," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan