Timbalan Ketua Menteri Sabah Ingin Sertai Gerakan - Najib

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin yang keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) bercadang untuk menyertai parti Gerakan.

Beliau berkata Pang, yang juga Naib Presiden LDP, bertindak keluar daripada LDP bukan untuk menentang Barisan Nasional tetapi beliau masih menjadi "keluarga BN".

"Saya sedang bincang perkara ini dengan Presiden LDP (Datuk Liew Vui Keong) dan juga dengan (Ketua Menteri) Datuk Seri Musa Aman," katanya kepada pemberita selepas menerima buku ucapan selamat Hari Kemerdekaan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Pang hari ini mengumumkan keputusannya keluar daripada LDP dan menawarkan untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan kerana tidak setuju dengan pendirian parti itu menentang kepimpinan Musa.

Katanya tindakan itu dibuat setelah LDP mengumumkan ia tidak boleh bekerjasama dengan Musa, yang merupakan Pengerusi BN Sabah.

Di KOTA KINABALU, Musa yang juga Pengerusi BN Sabah, berkata beliau akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin komponen BN yang lain mengenai langkah yang perlu diambil berikutan tindakan Pang itu.

"Saya telahpun memberitahu Perdana Menteri mengenai perkembangan terbaru ini," katanya dalam satu kenyataan.

Musa berkata adalah mendukacitakan bagi Pang untuk terpaksa keluar daripada parti sendiri.

"Beliau adalah penyokong setia BN serta seorang menteri yang kuat bekerja," katanya. Musa berkata Pang pernah melahirkan rasa tidak senangnya terhadap beberapa perkara yang berlaku dalam LDP.

Katanya beliau telah menasihatkan Pang supaya tidak meninggalkan LPD dengan harapan agar sesetengah pemimpin dalam parti itu akan sedar bahawa mereka perlu bersatu selain saling hormat menghormati untuk kebaikan BN Sabah. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan