Susilo Beri Penjelasan Insiden Malaysia-Indonesia Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata beliau akan memberi penjelasan malam Khamis tentang insiden di sempadan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Tanjung Berakit, Bintan, Kepulauan Riau.

Beliau menyatakan hal itu di hadapan barisan Menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan dan wartawan, selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Istana Negara, Jakarta Selasa.

"Melalui penjelasan itu saya sungguh ingin mendudukkan masalah ini pada tempatnya. Saya mengajak masyarakat untuk berfikir rasional dan tidak terlalu emosional," katanya.

Namun beliau akan memberi ketegasan sikap Indonesia yang tidak akan berkompromi dalam menjaga kedaulatan dan keutuhan wilayah negara.

"Saya juga ingin mendorong agar Malaysia lebih sungguh-sungguh untuk menyelesaikan perundingan batas wilayah maritim dengan negeri kita seraya tetap menjaga hubungan baik, yang nyata-nyata bermanfaat untuk Malaysia dan Indoneisa," katanya.

Susilo berkata lokasi insiden pada 13 Ogos itu berada di wilayah laut yang menjadi pertikaian Indonesia dan Malaysia.

Kerajaan sudahpun mengambil beberapa tindakan melalui Kementerian Luar Negeri dan telah juga berulang kali Menteri Luar Negeri Dr Marty Natalegawa serta Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Djoko Suyanto memberi penjelasan namun ia masih menjadi wacana politik dalam negeri, tambahnya.

Dalam insiden pada 13 Ogos itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, setiap pihak mendakwa kerana kesalahan menceroboh wilayah perairan masing-masing.

Kesemua tahanan itu telah dibebaskan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara pada 17 Ogos lalu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan