Raja Muda Perak Lakukan Tinjauan Mengejut Ke Kawasan Pembuangan Sampah Haram

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Selepas mengetahui pelbagai aduan rakyat jelata melalui ruangan aduan di akhbar-akhbar tempatan berhubung kebersihan, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mencemar duli turun padang meninjau ke kawasan tapak pembuangan sampah haram serta pembakaran terbuka.

Raja Nazrin meninjau kawasan pembuangan sampah haram dan pembakaran terbuka yang tidak terkawal oleh pihak tidak bertanggungjawab itu di Taman Rapat Koperasi dan Taman Harmoni di sini petang tadi.

Turut mengiringi baginda Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Abdul Rahman dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim.

"Ini kawasan yang selalu rakyat adukan. Tahu tak tempat ini?," titah baginda kepada Roshidi.

Baginda kelihatan begitu kecewa dengan aktiviti melupuskan sisa pembinaan dan komersial seperti batu-bata, besi secara haram itu dan meminta Roshidi supaya mengambil tindakan dan penyelesaian segera terhadap masalah yang membelenggu rakyat di bandar raya itu.

Baginda turut bertitah kepada Roshidi: "Tindakan dan siasatan perlu dilakukan. Pegawai (Majlis Bandaraya Ipoh) perlu datang ke sini (kawasan berkenaan) dan siasat."

Selain itu, baginda meminta supaya setiap anggota majlis MBI yang berada di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan itu membuat laporan supaya tindakan segera dapat diambil bagi keselesaan rakyat.

ementara itu, Roshidi ketika dihubungi berkata MBI tidak akan berkompromi dengan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

"Saya turut serta dalam lawatan Raja Muda Perak tadi, memang kawasan semak berhampiran Taman Rapat Koperasi itu dipenuhi dengan sampah serta bahan binaan lama. Kesemua itu dibuang secara haram di situ oleh kontraktor-kontraktor pembinaan tidak bertanggungjawab sehingga mengganggu kehidupan masyarakat di situ," katanya.

Katanya MBI akan melaksanakan penguatkuasaan segera terhadap mereka terlibat dengan pembuangan haram itu, melakukan pemantauan berterusan menerusi skuad anti sampah serta membersihkan kawasan terbabit.

"MBI tidak akan bertolak ansur dengan pesalah-pesalah ini kerana mereka telah melakukan gangguan dan membiarkan persekitaran kotor. Saya merayu supaya mereka ini mengubah sikap dan membuang sampah di kawasan pembuangan sampah MBI di Bercham serta menggunakan kontraktor pengumpulan sampah yang disediakan oleh MBI," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan