Rafizi Perkenal Pasukan Cabar Ketua AMK

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) melalui gerakan reformasi hari ini memperkenalkan calon-calon gerakan itu untuk bertanding dalam pemilihan angkatan itu bagi sesi pertama 2010.

Calon Ketua AMK, Mohd Rafizi Ramli berkata, gerakan reformasi yang ditubuhkan adalah gabungan kumpulan berbeza tetapi masih mempunyai matlamat yang sama.

"Keunikan gerakan reformasi adalah apabila semua pihak yang berlainan pendekatan diberikan ruang sepenuhnya untuk menyumbang ke arah matlamat membawa perubahan kepada negara," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Mohd Rafizi yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Bendahari Keadilan Terengganu berkata, generasi reformasi ini akan mewakili suara anak Malaysia yang mahukan perubahan dinamik secara berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Pada sidang media sama turut hadir adalah calon Timbalan Ketua AMK, Amirudin Shari (Naib ketua AMK/Adun Batu Caves), calon Naib Ketua AMK, Sim Tze Tzin (Adun Pantai Jerejak), Kesavan Subramaniam (Naib Ketua AMK/Adun Hutan Melintang) dan calon Exco, Chang Lih Kang (Exco AMK/Adun Teja), Halimey Abu Bakar (Bekas Ketua AMK Selangor), M A Tinagaran (Ketua Biro Integrasi Keadilan Perak/Setiausaha Parlimen PR Ipoh Barat) dan Saifullah Zulkifli ( Bekas Naib Presiden PKPIM/Pengerusi Siswazah Muda ABIM).

Sementara itu, Mohd Rafizi berkata, sudah sampai masanya AMK menggunakan pendekatan berbeza dan pelbagai untuk menarik minat sebahagian besar anak muda yang ada ketika ini tidak berminat dengan politik.

"Isu yang diperjuangkan perlu melambangkan aspirasi majoriti 4.6 juta pengundi muda yang mempunyai citarasa berbeza-beza. Oleh itu, AMK sebagai barisan utama dalam mendekati golongan muda memerlukan dinamisme yang tinggi," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perjuangan mereka adalah kesinambungan kepada perjuangan generasi reformasi yang bermula pada tahun 1998 dan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang akan menyaksikan kuasa orang muda dalam menentukan pentadbiran di Putrajaya.

Ketika ditanya mengenai dirinya yang jarang dipaparkan media dan kewujudannya tidak disedari ramai pihak, Mohd Rafizi berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada diri dan pasukannya untuk melakukan perubahan dan menegakkan demokrasi secara telus.

"Apa yang penting amalan demokrasi dapat dilaksanakan dan mesej yang akan disampaikan kepada rakyat adalah jelas. tidak timbul soal populariti," ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan