‘Ponteng Puasa’ Di Tempat Awam Dijangka Menurun - Jawi

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kes ‘ponteng puasa’ membabitkan orang Islam di tempat awam pada bulan Ramadan di sekitar Wilayah Persekutuan pada tahun ini dijangka menurun, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Beliau berkata, hanya lima kes tangkapan berdasarkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan Jawi dari 1 sehingga 22 Ramadan (Selasa).

“Kes itu tertakluk di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 15 iaitu tidak menghormati Ramadan.

“Walaupun Ramadan belum berakhir iaitu kurang 10 hari saja lagi untuk umat Islam menjalankan ibadat puasa namun jumlah kes di Wilayah Persekutuan mencatatkan penurunan ketara berbanding 26 kes di bawah akta sama bagi Ramadan tahun lalu,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Che Mat berkata, ini menunjukkan masyarakat semakin sedar tentang tanggungjawab mereka menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan terdapat segelintir orang Islam yang ponteng puasa di tempat tersorok berikutan operasi pemantauan dan penguatkuasaan Jawi hanya melibatkan tempat awam.

“Justeru, orang ramai diminta memberikan kerjasama untuk melaporkan kepada Jawi sekiranya terdapat individu, penganjur atau premis yang terlibat dengan aktiviti ponteng puasa,” katanya.

Jawi melakukan operasi berkenaan setiap hari sepanjang Ramadan di tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Berdasarkan operasi yang dijalankan sehingga 22 Ramadan, lima kes tersebut terdiri daripada empat tangkapan di Kuala Lumpur dan satu di Labuan.

Menurut Che Mat, seramai 35 pegawai ditugaskan untuk menjalankan operasi khusus sama ada secara gerakan berkala atau berdasarkan aduan orang ramai.

“Selagi lokasi itu di tempat awam tidak kira di tepi jalan, restoran mahupun pusat beli-belah, Jawi akan bertindak demi menjaga kesucian Ramadan serta peringatan kepada umat Islam terhadap kewajipan berpuasa,” ujarnya lagi.

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 15 mensabitkan kesalahan kepada mana-mana orang pada waktu berpuasa dalam Ramadan menjual kepada orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu.

Selain itu di bawah akta sama, kesalahan turut disabitkan kepada mana-mana orang Islam yang secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain seumpamanya.

Che Mat berkata, mereka yang disabitkan bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Bagaimanapun, denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau berikutnya,” kata beliau.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan