Pendidikan Mampu Atasi Gejala Buang Bayi – Rosnah

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Masalah pembuangan bayi perlu ditangani menerusi pendidikan dan bukan semata-mata melalui pendekatan berbentuk hukuman, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata kaedah terbaik ialah mendidik remaja yang dimulakan dari rumah sebelum dikembangkan di sekolah, agar tidak terjerumus dalam kancah maksiat sehingga membawa pelbagai masalah sosial, termasuk membuang bayi.

"Saya sokong sekiranya pendekatan pendidikan seks diperkenal di sekolah dengan lebih baik. Kalau sensitif, boleh gunakan pendekatan lain seperti kesihatan reproduktif.

"Apa sahaja yang berlaku, seorang anak adalah suci. Ibu bapalah yang mencorakkannya, justeru itu, aspek kekeluargaan juga harus diberikan penekanan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 30 penerima asnaf di Bangunan UMNO Selangor di sini pada Selasa.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian ketika mengulas kejadian pembuangan bayi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Terbaru, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan, ditemui dalam sebuah beg kertas yang digantung pada sebatang tiang papan tanda di persimpangan lampu isyarat berhampiran kondominium Brunsfield, Seksyen 13 di sini Ahad lepas.

Beliau berkata pelbagai pihak, termasuk swasta, dialu-alukan untuk tampil membantu bukan sahaja melalui kempen, malah menyediakan prasarana yang sesuai untuk menangani gejala buang bayi.

Katanya, penggabungan tenaga semua pihak perlu dilakukan dan tanggungjawab berkenaan tidak sepatutnya dibebankan kepada kerajaan sahaja.

Terdahulu, pada majlis itu, Rosnah turut melancarkan bilik gerakan Puteri UMNO Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 serta merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 peringkat Puteri UMNO Selangor. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan