Pemerintah Indonesia Perlu Lebih Tegas Selesai Isu Dengan Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wakil pembangkang dari Indonesia hari ini meminta pemerintah republik itu agar lebih tegas dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit antara Malaysia dan Indonesia.

Anggota Parlimen daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Rieke Diah Pitaloka berkata ia bagi memastikan hubungan baik antara kedua-dua negara dapat dikekalkan.

"Demonstrasi ini juga sebetulnya mendorong kepada pemerintah Indonesia supaya lebih tegas dan serius dalam menyelesaikan perkara-perkara yang terjadi dalam negara dan luar negara termasuk buruh migran dari Indonesia," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan terhadap anggota Parlimen PAS di Bangunan Parlimen, di sini pada Rabu.

Mengenai demonstrasi yang dilakukan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di Kedutaan Malaysia di Indonesia baru-baru ini, Rieke berkata ia adalah satu daripada luahan kekecewaan rakyat Indonesia kepada Malaysia.

"Saya orang yang menolak kekerasan dalam apa pun. Tetapi apabila berbicara soal hak asasi manusia, pemimpin negara harus ada sikap tegas untuk melindungi rakyatnya," kata beliau.

Bendera baru-baru ini berdemonstrasi dan melemparkan najis manusia di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia.

Menteri Luar Indonesia Dr Marty Natalegawa dilaporkan akan ke Malaysia menemui Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada 6 Sept ini bagi membincangkan kejadian demonstrasi itu di samping isu-isu dua hala lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata pertemuan antara Pas dan wakil pembangkang di Indonesia adalah satu daripada usaha untuk memastikan hubungan antara kedua-dua negara akan berkekalan.

"Dalam perbincangan tadi kita telah bersetuju dalam hal-hal yang melibatkan pelanggaran undang-undang di mana sahaja di Malaysia dan Indonesia, kita mahu undang-undang kedua-duanya harus dihormati," katanya.

Kunjungan hormat itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar, manakala Indonesia turut diwakili pertubuhan bukan kerajaan Migrant Care. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan