Mohd Radzi Ganti Rastam Sebagai KSU Kementerian Luar

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Luar Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman akan menggantikan Tan Sri Rastam Mohd Isa yang tamat perkhidmatan sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu, berkuatkuasa 3 September.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan berkata Mohd Radzi, 57, lulusan Universiti Sains Malaysia, berpengalaman luas dalam bidang diplomasi dan hubungan luar negara setelah menyertai perkhidmatan awam pada 1979.

Sebelum ini, Mohd Radzi pernah menjadi Duta Besar ke Jepun (2006-2009), Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York (2003-2006), Duta Besar ke Vietnam (2001-2003).

Dalam kenyataannya, Sidek juga merakamkan penghargaan kepada Rastam atas sumbangan dan khidmat bakti bersama perkhidmatan awam selama lebih 36 tahun.

Rastam, 59, pernah berkhidmat sebagai duta ke Pakistan, Bosnia Herzegovina, Indonesia dan Wakil Tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan