Buku Panduan Nikah, Cerai, Rujuk Bantu Pasangan Bermasalah

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Buku Panduan Proses Nikah, Cerai dan Ruju' yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kehakiman Syariah diyakini mampu membuka jalan penyelesaian untuk masalah pernikahan, perceraian dan rujuk, khususnya kepada wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata buku panduan itu mengandungi segala aliran proses yang diperlukan untuk semua kategori permasalahan.

Jamil Khir berkata beliau positif buku itu akan menjadi panduan yang sangat bermanfaat, sekaligus berupaya memainkan peranan sebagai rujukan untuk negeri-negeri lain di Malaysia.

"Lazimnya apabila proses perceraian berlaku, masalah sering berlaku kepada golongan wanita, khususnya yang telah menjadi ibu tunggal dan anak-anak hingga kadang-kala, ia boleh mendatangkan aib kepada mereka.

"Dengan adanya panduan ini ia akan membantu orang ramai yang berdepan dengan masalah seumpamanya memperoleh jalan penyelesaian yang lebih jelas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas melancarkan buku itu di sini pada Rabu.

Jamil Khir berkata buku itu diedarkan secara percuma di semua masjid, tempat awam, pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pejabat Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) di Labuan, Putrajaya serta Kuala Lumpur.

"Buat permulaan ia dicetak sebanyak 10,000 naskhah dan akan ditambah mengikut permintaan.

"Ia juga akan dihantar sebagai rujukan kepada pejabat Majlis Agama Islam setiap negeri di Malaysia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan