Soi Lek Mahu Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Pencetus Isu Perkauman

Diterbitkan: Selasa, 31 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap semua pelampau perkauman di negara ini, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Sehubungan itu, beliau berkata tindakan perlu diambil terhadap Wee Meng Chee, yang lebih dikenali sebagai Namewee, kerana menyiarkan klip video melalui YouTube untuk mengutuk seorang pengetua sekolah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini dan terhadap pengetua sekolah di Johor itu sekiranya terbukti beliau melakukan kesalahan.

"Kita tak boleh biarkan mereka (membuat kenyataan berbaur perkauman). Saya akan sokong apa jua tindakan yang kenakan terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-53 kemerdekaan negara di Stadium Putra di Bukit Jalil di sini pada Selasa.

Ini kali kedua, Wee, 27, mencetuskan kontroversi. Kali pertama pada 2007 apabila dia menyiarkan klip video bertajuk Negarakuku melalui YouTube yang menghina lagu kebangsaan negara ketika menuntut di sebuah universiti di Taiwan.

Dr Chua berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya berasa gempar dengan perbuatan Namewee dan pengetua sekolah berkenaan kerana majoriti rakyat negara ini mahukan perpaduan.

"Semua rakyat Malaysia seharusnya berkongsi matlamat untuk memastikan negara ini sentiasa aman dan makmur serta berusaha ke arah menjadikannya sebuah negara yang lebih baik," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan