Namewee Belum Fikir Meminta Maaf, Dakwa Video Klipnya Menentang Perkauman

Diterbitkan: Selasa, 31 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Namewee belum terfikir atau merancang untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka berhubung isu klip video yang dihasilkannya walaupun klip video tersebut didakwa berunsur perkauman dan hasutan.

Bagaimana pun Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Cheng berkata dia sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu dan masalah ini dengan segera.

"Saya masih belum putuskan sama ada mahu minta maaf atau tidak. Saya sendiri belum tahu apa-apa tentang isu ini dan apa yang akan berlaku seterusnya," katanya ketika dihubungi mStar online.

Namewee berkata, dia berasa kecewa apabila klip video berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! yang dibuat bertujuan menentang fahaman perkauman mendapat kecaman hebat.

"Saya rasa sedih dan kecewa. Saya adalah rakyat Malaysia yang anti perkauman, tetapi saya dihentam hebat.

"Sehingga kini, saya masih keluar bekerja macam biasa. Tapi kalau diminta bekerjasama atau disoal siasat, saya sentiasa bersedia untuk itu," katanya.

Menurut Namewee yang juga seorang pengarah filem, sehingga kini dia masih belum menerima apa-apa panggilan dari kementerian atau dihubungi pihak berkuasa untuk sebarang tindakan susulan yang mungkin akan dikenakan terhadap dirinya akibat tindakannya itu.

Pemuda berusia 27 tahun ini juga masih yakin berada di pihak yang benar walaupun klip video yang dihasilkannya mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Malah, dalam kenyataan media Namewee yang disiarkan dalam blognya, dia masih menunjukkan ketegasan apabila mempertahankan dirinya dan tidak akan membiarkan tuduhan-tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadap dirinya.

Dalam masa yang sama, anak kelahiran Muar, Johor ini juga mengakui klip video tersebut memang sengaja diselitkan dengan unsur-unsur lucah.

"Saya buat begitu untuk dapatkan perhatian masyarakat sebab saya lihat isu perkauman sangat serius dalam negara kita.

"Setiap kaum saling mengutuk kaum bertentangan dengan bahasa kesat dan tak sepatutnya.

"Inilah yang menimbulkan kemarahan saya dan mendorong saya menghasilkan klip video tersebut," katanya.

Namewee tidak menafikan klip video itu dibuat sebagai tanda tidak puas hati dan mengutuk pengetua sekolah menengah di Kulai Jaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.

"Klip video dengan kandungan kasar dipilih sebagai satu bentuk komunikasi dari sudut pandangan sendiri dengan harapan ia dapat meninggalkan impak yang lebih berkesan," kata Namewee dalam blog peribadinya.

Mengulas laporan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia, Isnin, Namewee menggambarkan seolah-olah dia menjadi mangsa di antara isu ketegangan kaum dan kumpulan politik kecil yang mewakili kerajaan.

Namewee juga mencabar Pergerakan Puteri Umno supaya mengadakan perbahasan terbuka bagi mendapatkan jawapan dan gambaran jelas tentang isu perkauman.

"Jika mereka merasakan saya tidak bertanggungjawab dan tak menghormati negara ini, sila bersetuju untuk perbahasan terbuka," katanya lagi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin, meminta Peguam Negara bertindak tegas terhadap Namewee sekiranya benar dia menghasilkan video berunsur perkauman dan hasutan.

Polis pula telah membuka kertas siasatan berhubung kes ini dan akan menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan