MCA Minta Rakyat Tolak Sentimen Perkauman, Pelampau Agama

Diterbitkan: Selasa, 31 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta menolak semua bentuk sentimen perkauman serta keagamaan yang ekstrem yang boleh mengancam keamanan dan kesejahteraan negara, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya ia bukan mudah kerana sentiasa wujud suara-suara ekstrem dan parti itu akan terus membantah suara pelampau atau kumpulan fanatik tersebut.

"Generasi Malaysia sekarang dan masa depan tidak harus mengecewakan nenek moyang kita yang memperjuangkan kemerdekaan dengan menolak semua bentuk ancaman," katanya dalam kenyataan sempena Hari Kemerdekaan ke-53, Selasa.

Dr Chua meminta semua rakyat Malaysia memperingati dan menghayati ciri-ciri perpaduan yang membawa negara ke hadapan serta mencapai sasaran konsep 1Malaysia.

Katanya generasi pemimpin politik dan masyarakat era merdeka bersama rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan melakukannya dengan tujuan bersama untuk membina sebuah negara yang makmur, demokrasi, toleransi, kepelbagaian kaum dan budaya.

Oleh itu, katanya, MCA menyokong penuh konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami akan bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri untuk mencapai konsep itu dan berharap semua rakyat Malaysia akan menyokong kepimpinan negara dengan mengamalkan ksederhanaan dan toleransi," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan