Hukuman, Kekerasan Ke Atas Namewee Tak Selesai Masalah

Diterbitkan: Selasa, 31 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hukuman atau sebarang tindakan berbentuk fizikal boleh dikenakan terhadap Namewee, tetapi ia sekadar penyelesaian jangka pendek dan tidak mampu menyelesaikan masalah makro isu ini pada masa akan datang.

Pakar Pendidikan dan Perkembangan Psikologi, Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata perbuatan Nameyee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee menghasilkan klip video kontroversi perlu diselesaikan dengan pendekatan psikologi berbanding menggunakan kekerasan.

"Kita tak dapat nak kawal orang-orang seperti ini. Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, kelompok ini boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka.

"Jika kita terus membuat keputusan untuk menghukum Namewee dan orang lain yang berfikiran sepertinya, mungkin mereka akan memberontak dan bertindak lebih melampaui batas pada masa akan datang," katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kerajaan melucutkan kerakyatan lelaki dari Muar itu yang menghasilkan klip video sehingga menyemarakkan api perkauman.

Dari sudut psikologi, Mariani berkata dua tindakan Namewee iaitu menghina lagu Negaraku dan menghasilkan klip video berunsur perkauman jelas menunjukkan pemuda berusia 27 tahun itu mempunyai 'sikap yang konsisten'.

"Dulu dia pernah menimbulkan kekecohan dan sekarang dia mengulanginya lagi tetapi dengan cara yang berbeza.

"Ini menunjukkan dia bukan sahaja tidak sayangkan negara, tetapi juga tidak sayangkan diri sendiri.

"Kalau dia sayangkan Malaysia, dia tidak akan cuba memperlekehkan budaya dan kehormatan negaranya sendiri," katanya.

Justeru katanya, kerajaan perlu menyelidik perkara ini sehingga ke akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan, termasuklah keputusan melucutkan kewarganegaraan pemuda dari Muar, Johor itu.

"Kaji latar belakang dia terlebih dahulu. Siapa keluarganya, siapa kawan-kawannya dan siapa orang-orang di sekelilingnya sebab mungkin tindakannya itu disebabkan provokasi orang sekeliling.

"Mungkin di sebalik kehidupannya, dia mempunyai tekanan dan masalah emosi yang tiada siapa tahu," katanya.

Katanya, pemulihan jiwa merupakan salah satu cara yang mungkin mampu mengekang pemuda itu daripada terus menimbulkan kontroversi dan menarik perhatian masyarakat dengan cara yang tidak sepatutnya.

"Kalau keluarga atau orang paling dekat dengannya pun tak mampu untuk nasihatkan dia, saya rasa dia patut dibawa berjumpa kaunselor. Biar kaunselor yang kenal pasti punca dia bertindak macam itu.

"Biasanya rawatan kaunselor dibuat secara berterusan dan ada kesinambungan.

"Berbanding hukuman lain yang lebih keras, tidak mustahil dia tidak serik dan akan bertindak mengikut suka hatinya lagi kelak," katanya.

Mereka yang berfikiran seperti Namewee, katanya, mampu melakukan apa sahaja termasuklah meluahkan rasa cinta dan sayangkan negara tetapi hakikatnya mereka langsung tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan kecintaan kepada negara.

Tambahnya lagi, tiada jati diri yang kukuh dan cetek pengetahuan tentang sejarah, asal-usul serta perkembangan Malaysia menjadi salah satu sebab Namewee dan golongan sepertinya bertindak sedemikian.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan