Dua Pelajar SMJK Kwang Hua Sambut Hari Jadi 'Merdeka' Di Luar Stadium Putra

Diterbitkan: Selasa, 31 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sementara acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 penuh bersemangat berlangsung di dalam Stadium Putra di sini, sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kwang Hua di Klang mengambil peluang meraikan harijadi dua rakan sekolah mereka di luar stadium.

Di bawah sinaran mentari pagi dan di lautan orang ramai yang berada di sekitar stadium untuk menyaksikan sambutan hari kemerdekaan negara, rakan-rakan sekolah kedua-dua pelajar itu, Ng Ling Kuan dan Oeng Xue Ying, masing-masing 16 tahun, menyanyikan lagu "selamat harijadi" buat kedua-duanya sebelum nyanyian itu secara spontan bertukar kepada "Selamat Harijadi Malaysia".

Ling Kuan, pelajar Tingkatan Empat, berkata dia merupakan seorang daripada 35 anggota yang melakukan formasi bendera dari sekolahnya bagi acara sambutan hari kemerdekaan kali ini.

SMJK Kwang Hua ditubuhkan pada 1955, dua tahun sebelum Malaya mencapai kemerdekaan daripada kerajaan British.

Para pelajar SMJK Kwang Hua sebelum itu menjadi tumpuan lensa jurugambar dan jurukamera serta para hadirian yang menyaksikan kibaran bendera yang penuh bertenaga di luar stadium dan persembahan bersemangat lagu patriotik "1Malaysia" dan "Jalur Gemilang".

Mereka juga asyik menggayakan formasi "Mexican wave" dan mencetuskan keghairahan sambutan gerak balas daripada pelajar sekolah lain yang turut berhimpun di luar stadium selepas persembahan di stadium tertutup itu.

"Tentunya saya berasa bangga apabila harijadi saya jatuh pada hari kemerdekaan Malaysia," kata Ling Kuan, yang memakai topi 1Malaysia putih, kepada Bernama.

"Dan saya dapat meraikannya saban tahun pada hari cuti umum," katanya lagi.

Remaja Merdeka Xue Ying berkata dia berasa bangga berkongsi sambutan hari lahirnya bersama hari kemerdekaan negara.

"Selepas berhimpun di Stadium Putra di sini pagi ini, kami akan pulang untuk meraikan satu lagi sambutan hari jadi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan