Anggota Bendera Kumpul Cap Jari Darah

Diterbitkan: Selasa, 31 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan hari kemerdekaan ke-53 hari ini.

Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih yang mereka sebut sebagai 'hadiah' Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53.

"Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini. Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami," katanya.

Sebelum melakukan aksi, mereka turut melakukan 'apel siaga' iaitu upacara menyatakan siap sedia untuk perang kepada sukarelawan 'Ganyang Malaysia'.

Aksi berkenaan telah mencetuskan kekecohan dengan anggota polis yang menghalang para anggota Bendera yang cuba menutup jalan dengan kerusi dan meja sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Diponegoro.

Pada 23 Ogos lalu, sekumpulan penunjuk perasaan daripada Bendera telah membawa 'hadiah' najis manusia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dan melemparkan najis itu ke dalam kawasan bangunan kedutaan besar itu.

Kumpulan itu turut mengotorkan bendera Malaysia yang sedang mereka pijak di atas jalan ketika itu, dengan najis manusia juga.

Hari ini sekumpulan 20 orang dari Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) atau Pusat Maklumat Rakyat berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini membawa patung Upin dan Ipin yang diletakkan dalam plastik bersama beberapa ekor tikus.

Mereka menganjurkan warga Indonesia memboikot produk Malaysia.

Bantahan berterusan melalui demonstrasi berlaku di sini dan beberapa tempat di seluruh Indonesia bagi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu.

Dalam insiden itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Malaysia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Inodnesia menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu kerana didakwa masing-masing menceroboh perairan wilayah negara masing-masing.

Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos oleh pihak berkuasa kedua-dua negara. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan