Urus Niaga Hasil Pertanian Malaysia, Indonesia Tidak Terjejas

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Urus niaga import dan eksport hasil pertanian antara Malaysia dan Indonesia tidak terjejas walaupun timbul isu-isu yang boleh menggugat hubungan baik kedua-dua negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Wira Mohd Johari Baharum.

Katanya, urusan berjalan seperti biasa dan tidak timbul soal untuk menghentikan import dan eksport barangan pertanian antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya, walaupun berlaku insiden termasuk tindakan penunjuk perasaan melempar najis manusia ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta baru-baru ini, kerajaan tidak bercadang hendak menghentikan import barangan pertanian dari negara jiran itu.

"Saya rasa perkara ini tidaklah begitu serius memandangkan isu ini sengaja dibesar-besarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh mencetuskan situasi buruk antara kedua-dua negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan notebook 1Malaysia kepada 500 pelajar di Felda Bukit Tangga di Changlun dekat sini semalam.

Johari berkata, kedua-dua negara masih menjalankan aktiviti perdagangan bahan pertanian seperti biasa kerana hubungan antara kedua-dua negara berjiran itu adalah baik.

"Saya yakin hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia tidak terjejas meskipun berhadapan dengan pelbagai insiden yang sengaja dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan saya berharap Malaysia dan Indonesia akan segera menyelesaikan masalah itu secepat mungkin demi kebaikan kedua-dua negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan