Umat Islam Harus Patuh Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama - Imam Besar

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara harus diambil berat kerana beliau merupakan ketua agama negeri yang diperakui, kata Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Beliau berkata orang ramai harus sedar segala hal ehwal berkaitan hukum agama Islam harus mendapat perkenan daripada baginda tanpa perlu dipersoalkan oleh pihak lain.

"Kalau kita tidak patuh pada perintah Sultan, apatah lagi berkaitan hukum-hakam agama Islam, itu sudah menjadi satu kesalahan," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Mahabbah Ramadhan, Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Jalur Gemilang kepada pesakit Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberi ucapan di Surau Al-Huda Kajang Sentral Ahad lalu dan Anggota Parlimen Selayang William Leong masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa di Selayang Baru untuk memberi bantuan baru-baru ini.

Syaikh Ismail berkata adalah menjadi tanggungjawab seseorang umat Islam untuk menerangkan kepada penganut agama lain tentang hukum-hakam dan adab-adab tentang tempat beribadat bagi menjaga sensitiviti dan keharmonian masyarakat.

Sebelum itu, Syaikh Ismail yang ditemani Imam Jemputan Solat Tarawih dari Mesir Shaikh Abdul Rahman el-Desauky Taha Raduan dan kakitangan Masjid Negara serta PPUM telah meluangkan masa melawat wad-wad menyampaikan sumbangan berupa hamper, risalah Islam dan Jalur Gemilang kepada para pesakit.

Mengulas mengenai program itu, Syaikh Ismail berkata objektif utama program adalah untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan Masjid Negara dan PPUM serta memupuk budaya bersedekah.

"Diharap, program sebegini dapat memberi sedikti sinar keceriaan kepada pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital tersebut.

"Di samping itu, penyerahan Jalur Gemilang kepada pesakit adalah bagi menyahut seruan kerajaan supaya rakyat Malaysia disemai rasa cintakan negara serta menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan yang ke-53," katanya.

Syaikh Ismail turut berharap program sebegini sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi terus mengimarahkan masjid sebagai institusi untuk merapatkan hubungan sesama muslim. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan