Tengku Muhammad Ismail Dimasyhur Pemangku Raja Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan memasyhurkan anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan sebagai pemangku Raja Terengganu berkuatkuasa Khamis lepas.

Dalam istiadat di Istana Maziah di sini, Isnin, watikah pemasyhuran itu telah dibacakan oleh Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud yang disaksikan oleh Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah.

Pemasyhuran Tengku Muhammad Ismail, 13, setelah baginda mukallaf iaitu boleh menjalankan tanggungjawabnya sendiri sepanjang Sultan Mizan Zainal Abidin menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini Tengku Muhammad Ismail merupakan Pemangku Raja Terengganu dengan pemerintahan kerajaan negeri adalah di bawah Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Setelah pemasyhuran Tengku Muhammad Ismail hari ini, secara tidak langsung, Majlis Penasihat Pemangku Raja dibubarkan.

Memandangkan Pemangku Raja Terengganu akan berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran mulai esok, maka Sultan Terengganu berkenan melantik Majlis Perwakilan Pemangku Raja bagi menjalankan kewajipan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang kerajaan negeri Terengganu.

Tiga orang yang dilantik sebagai Majlis Perwakilan Pemangku Raja itu ialah Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Tuanku Mizan ketika bertitah pada istiadat itu mengingatkan bahawa kerjasama erat antara pemerintah dan kerajaan adalah amat penting bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan dengan tersusun.

"Tanpa perpaduan dan budaya kerjasama secara berpasukan, beta sangsi inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan rakyat, mampu dilaksanakan dengan jayanya," titah baginda. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan