Sultan Johor Berbuka Puasa Bersama Rakyat - Berita Semasa | mStar

Sultan Johor Berbuka Puasa Bersama Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat jelata di Majlis Jamek Sultan Ibrahim di sini, Sabtu.

Pada majlis tersebut, baginda menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Kementerian Pertahanan Mejar Jeneral Datuk Zulkifli Mazlan.

Sejumlah RM45,000 disumbangkan oleh Johor Corporation (J-Corp) dan bakinya daripada Tabung Tijarah Ramadhan yang diwujudkan enam tahun lalu oleh J-Corp.

Baginda turut menyampaikan sumbangan Hari Raya sebanyak RM150 seorang kepada 100 ibu tunggal dan RM100 kepada 100 anak yatim dari 15 sekolah di sekitar daerah ini. Pemangku Presiden JCorp Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban bekas anggota tentera, ibu tunggal dan anak yatim.

"Ini jelas membuktikan dakwaan sesetengah pihak kononnya JCorp mengabaikan tanggugjawab terhadap masyarakat adalah salah, dan kita telah melaksanakan program seumpama ini sejak dulu lagi," katanya.

Mengenai program bantuan dan bimbingan kepada ibu tunggal yang dimulakan JCorp sejak dua tahun lalu, beliau berkata pihaknya akan meningkatkan jumlah dana daripada RM200,000 kepada RM1 juta pada tahun ini.

Katanya, mereka yang terpilih akan diberi geran antara RM1,000 hingga RM2,000 bagi memulakan perniagaan di rumah dan sebagainya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan