Puspakom Tawar Pemeriksaan Percuma Kenderaan Persendirian Dan Motosikal

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puspakom Sdn Bhd menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian dan motosikal di semua cawangan Puspakom sempena musim perayaan ini.

Pemeriksaa percuma oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan DRB-HICOM ini bermula hari ini sehingga 9 Sept.

"Pemeriksaan menyeluruh yang akan dijalankan oleh kakitangan Puspakom yang bertauliah merangkumi pengesahan identiti kenderaan, pemeriksaan bahagian atas kenderaan, ujian pengeluaran asap (untuk enjin petrol), ujian brek, ujian suspensi, ujian gelincir sisi, ujian meter laju dan ujian bawah kenderaan," kata Puspakom dalam kenyataan, Isnin.

Puspakom berkata pemeriksaan percuma itu merupakan antara komitmen Puspakom kepada pelanggannya dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan kenderaan mereka.

Puspakom juga akan menjalankan pemeriksaan identiti dan tayar terhadap motosikal yang hadir untuk pemeriksaan.

"Puspakom turut menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan menyertai kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya di lokasi-lokasi tertentu," kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan