Malaysia Menduduki Ranking Ke-13 Dalam Kajian Gobal

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Malaysia menduduki ranking ke-13 dalam kajian global bagi mengukur kebebasan pengembaraan yang dinikmati oleh penduduk dari pelbagai negara.

Indeks Global Ranking 2010 Henley Visa Restrictions itu disusun oleh Henley & Partners, sebuah firma yang pakar dalam perancangan kediaman antarabangsa dan kewarganegaraan.

United Kingdom, Denmark dan Sweden mengetuai senarai ranking tersebut dengan masing-masing mengumpul mata 166, 164 dan 163.

Indeks ranking negara berkenaan adalah mengikut akses bebas visa yang dinikmati oleh rakytanya di negara-negara lain, menurut Henly & Partners dalam laman webnya. Malaysia mengumpul 151 mata serta mengatasi negara dan wilayah seperti Liechtenstein, Hong Kong, Brazil, Afrika Selatan, Montenegro, Persekutuan Russia, Emiriyah Arab Bersatu, Thailand, India, Mesir dan

Firma itu berkata mereka telah membuat analisis peraturan visa kesemua negara dan wilayah.

"Ini adalah kali pertama ranking global menunjukkan kebebasan pemgembaraan antarabangsa rakyat pelbagai negara serta hubungan antarabangsa dan status negara individu berbanding negara lain," katanya.

Firma itu juga berkata dalam dunia globalisasi, kekangan visa memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan warga asing merentasi sempadan.

"Hampir kesemua negara kini memerlukan visa dari beberapa warga bukan negara yang ingin memasuki wilayah mereka," katanya.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan