KLIA 2 Lambang Pertumbuhan Malaysia Dalam Penerbangan - Najib

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) atau KLIA 2, akan menjadi lambang pertumbuhan dan kepimpinan negara dalam bidang penerbangan di dunia dan berperanan sebagai perangsang ekonomi negara, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, berdasarkan pertumbuhan pesat perjalanan udara kos rendah, terminal baharu itu akan mendatangkan banyak manfaat kepada negara seperti peluang pekerjaan dan merangsang ketibaan pelancongan dengan menarik lebih banyak syarikat penerbangan dan pelancong.

Beliau menjangkakan KLIA 2 akan meningkatkan pendapatan daripada hasil pelancongan kepada RM168 bilion menjelang 2020 berbanding RM53 bilion yang direkodkan pada 2009.

"Dengan globalisasi, penawaran perkhidmatan dan kemudahan perjalanan udara terbaik, pastinya menjadi pemangkin penting untuk mempromosikan perdagangan dan pelaburan dalam negara," kata Najib pada majlis pecah tanah KLIA 2 di sini.

"Dalam melaksanakan Model Baru Ekonomi, saya menegaskan mengenai dua faktor, pewujudan kekayaan dan pekerjaan, dan saya yakin pembinaan terminal baharu ini dapat mendatangkan hasil seperti yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi," katanya.

MAHB menjangkakan KLIA secara keseluruhannya, mampu mengendalikan lebih 60 juta penumpang pada 2020, dengan hampir 45 peratus daripada penumpang membabitkan penumpang kos tambang rendah.

Najib berkata daripada perspektif komersil, kesan limpahan pasaran tersedia di lapangan-lapangan terbang dalam negara sangat besar.

Perdana Menteri yakin pembinaan terminal baharu itu akan melepasi jangkaan, dengan berkata ia dijangka berperanan sebagai hab dan menarik lebih banyak syarikat penerbangan tambang rendah untuk terbang ke Kuala Lumpur.

KLIA 2 yang mampu menampung 30 juta penumpang setahun, berpotensi diperluaskan untuk pertumbuhan akan datang, dijangka siap pada April 2012, berdasarkan tempoh pembinaan selama 20 bulan.

Sambil memuji AirAsia atas usaha inovatifnya untuk merangsang perjalanan tambang rendah, Najib berkata walaupun KLIA 2 dibangunkan dengan pertimbangan terhadap keperluan AirAsia, ia terbuka kepada semua syarikat penerbangan apabila siap kelak.

Beliau yakin KLIA 2 merupakan permulaan bab baharu yang menarik dalam sejarah pengangkutan udara di Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan