JPJ Kelantan Tugaskan Anggota 24 Jam Di Jalan Sakaratulmaut

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menempatkan 150 anggota penguatkuasanya bertugas 24 jam untuk mengawal dan meronda di kawasan berisiko tinggi kemalangan di sepanjang Jalan Kuala Krai-Gua Musang pada musim perayaan ini.

Pengarahnya Abdul Ghani Che Kassim berkata gerakan lebih dua minggu itu diadakan serentak dengan Ops Sikap XX11 yang bermula 4 hingga 19 Sept ini sempena Aidilfitri ini.

Bercakap kepada Bernama pada majlis berbuka puasa di ibu pejabat JPJ Negeri di Panji, Ahad, beliau berkata antara kawasan yang menjadi tumpuan gerakan itu ialah di 13 lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan atau dinamakan "jalan Sakaratulmaut'.

"Kami akan meletakkan anggota penguatkuasa berkawal dan membuat rondaan 24 jam di sepanjang jalan terbabit pada musim perayaan ini," katanya.

Tujuh lokasi terbabit terletak antara jalan Gua Musang-Kuala Krai iaitu di Kilometer (KM) 12; KM13; KM26, KM29; KM51; KM55 dan KM59, manakala enam lokasi lagi ialah jalan Kuala Krai-Gua Musang merangkumi KM64; KM69.3; KM69.3; KM72; KM75 dan KM80.

Abdul Ghani berkata mengikut statistik polis, sebanyak 21 kes kemalangan maut dilapor berlaku di jalan-jalan yang disifatkan sebagai jalan sakaratulmaut sepanjang tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan