Isu Di Indonesia Tidak Jejas Pelabur Kedua Negara - Mustapa

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Tindakan segelintir rakyat Indonesia yang berdemonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta baru-baru ini sehingga sanggup membakar Jalur Gemilang dan melontar najis sama sekali tidak menjejas hubungan erat kedua-dua negara dan pelaburan sedia ada.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata apa yang berlaku hanya membabitkan segelintir rakyat negara itu yang langsung tidak ada kena mengena dengan dasar kerajaan dan aspirasi sebahagian besar rakyatnya.

"Hubungan kita dengan Indonesia sangat baik sekali dan saya dengan rakan sejawat di Indonesia sering mengadakan perbincangan setiap tiga bulan sekali lebih-lebih lagi kita dalam semangat ASEAN.

"Banyak syarikat besar Malaysia buat pelaburan di sana dan pelabur sama-sama menyumbang bagi kebaikan kedua-dua negara dan kita berharap isu itu langsung tidak mengganggu-gugat hubungan sedia ada," katanya selepas majlis bersahur bersama lebih 60 anak yatim di Pusat Jagaan Rohaniah di Taman Uda Murni di sini, Isnin.

Mustapa berkata apa yang berlaku itu berkemungkinan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan hubungan baik itu dan yakin mereka yang terbabit tidak akan berjaya berbuat demikian.

"Apa pun kita akan terus memupuk hubungan yang sangat baik ini dan kita berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang cuba menggugat hubungan ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan