Beberapa Sekolah Di Sabah,Sarawak Berada Dalam Kritikal

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELURAN: Sebanyak enam peratus daripada 9,642 sekolah di negara ini yang diaudit oleh Jawatankuasa Audit Kemudahan Sekolah Kementerian Pelajaran dikategorikan dalam keadaan fizikal yang kritikal, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata kebanyakan sekolah dalam kategori itu terletak di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Katanya, antara masalah yang dihadapi ialah soal pendawaian elektrik dan kekurangan kemudahan rumah guru.

Berikutan masalah ini yang turut dialami sekolah menengah, sekolah-sekolah berkenaan terpaksa menumpang di bangunan sekolah rendah.

"Laporan mengenai sekolah yang diaudit oleh jawatankuasa audit kemudahan sekolah itu sudah siap dan saya sendiri telah melawat ke beberapa sekolah itu bagi melihat ketepatan maklumat laporan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat SK Pekan Beluran di sini Ahad, Mohd Puad berkata laporan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu depan.

Dalam lawatan hari ini, Mohd Puad melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sapi dan SMK Balaban Jaya di sini yang beroperasi dengan menumpang di bangunan sekolah rendah.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan