Setiausaha Agung MCA Harap Semua Parti Berpolitik Sederhana - Berita Semasa | mStar

Setiausaha Agung MCA Harap Semua Parti Berpolitik Sederhana

Diterbitkan: Isnin, 23 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Semua parti politik perlu mengamalkan pendekatan politik secara sederhana demi memastikan kestabilan negara sejak 53 tahun lalu terus kukuh dan tidak mudah diperlekehkan pihak tidak bertanggungjawab, kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata semua parti juga tidak harus memainkan isu sensitif sehingga boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum lain.

"Saya bimbang, sejak kebelakangan ini, terdapat segelintir pemimpin parti politik yang tanpa berselindung memainkan isu sensitif sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum lain.

"Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya meletakkan kepentingan negara dan perpaduan kaum di tangga teratas," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Menteri Pengangkutan itu berkata pihak yang suka memain isu berkenaan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi tanpa menghiraukan kesan yang bakal terjadi kepada negara.

Kong, yang juga anggota Parlimen Lumut berkata sejak negara ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan sejak merdeka lagi, rakyat pelbagai kaum dan agama hidup dalam penuh harmoni.

Katanya, sehubungan itu, rakyat diminta supaya tidak mudah terpedaya dengan segala janji yang ditabur pihak yang memainkan isu sensitif.

"Mereka yang terlibat sepatutnya mengelakkan daripada membuat sebarang kenyataan yang menggugat mana-mana kaum sebaliknya menghormati mereka tanpa mengira warna kulit dan agama.

"Sehubungan itu, saya mencadangkan kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi digunakan sebaik mungkin untuk mereka bermaafan tanpa mengira kaum dan agama.

"Saya begitu berharap, keharmonian dan persahabatan akan kembali seperti dahulu kala bahkan mungkin ia lebih baik lagi," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan