Sembilan Banduan Ikuti Parol Dibebas Esok

Diterbitkan: Isnin, 23 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sempena bulan Ramadan, penjara Kelantan akan membebaskan sembilan tahanan yang berjaya mengikuti program Parol, Isnin bagi membolehkan mereka bersama keluarga menjalankan ibadat puasa dan menyambut hari raya dengan sempurna.

Pengarah Parol Kelantan, Mat Yacob berkata mereka akan diserahkan kepada keluarga masing-masing yang akan datang ke pejabat Parol Kota Baharu, di Padang Bongor di sini pukul 11 pagi esok untuk membawa pulang tahahan itu.

"Dengan pembebasan itu membolehkan bekas tahanan terbabit bersama keluarga menunaikan ibadat puasa dan menyambut hari raya Aidilfitri dengan lebih sempurna," katanya.

Menurut Mat sepatutnya tahanan tersebut menjalani hukuman lebih lama sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah tetapi disebabkan berjaya mengikuti program Parol, tahanan terbabit dibebas lebih awal oleh kerajaan.

"Mereka tidak lagi dianggap memberi ancaman kepada penduduk dan diterima baik oleh ibu bapa di samping menjalankan ibadat serta mempunyai pekerjaan di tempat tinggal masing-masing," katanya.

Beliau berkata sejak pelaksanaan sistem Parol dua tahun lepas penjara Kelantan telah membebaskan 129 tahanan yang berjaya menjalankan program parol selama tempoh yang ditetapkan oleh pihak penjara.

Beliau berkata sepanjang tempoh program itu dijalankan, tahanan dibenarkan berada bersama keluarga masing-masing dengan pemantauan pihak penjara serta menjalani aktiviti harian di samping mengikuti program ibadat termasuk sembahyang terawih.

"Kalau ibu bapa tak dapat terima dia dan masyarakat tidak boleh mengawal, dia tidak boleh diberi peluang mengikuti program Parol, kerana syarat utama mesti diterima oleh ibu bapa dan masyarakat," katanya. Beliau berkata terdapat 14 orang lagi tahanan termasuk seorang wanita berusia 31 tahun dari Kuala Krai sedang menjalani program Parol dan kini berada di rumah masing-masing untuk satu tempoh yang ditetapkan.

"Sekiranya mereka melakukan kesalahan (semasa menjalani sistem Parol) tindakan tegas akan diambil termasuk menambahkan tempoh penjara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan